Categories: Covid-19MELAKA

Pemberian insentif bagi mereka terkesan wabak Covid-19 – Sulaiman

BANDARAYA MELAKA 19 Mac — Kerajaan Negeri Melaka sedang mengkaji lebih terperinci insentif yang akan diberikan kepada mereka yang terjejas akibat wabak Covid-19 di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, insentif itu bakal diberikan terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil di negeri ini yang memperolehi sumber pendapatan dari hasil perniagaan.

“Sudah pasti perkara ini ditunggu mereka terutama penjaja-penjaja kecil yang akan hilang sumber pendapatan dalam tempoh langkah pengawalan wabak Covid-19 dari 18 hingga 31 Mac ini.

“Kita prihatin dengan mereka yang akan kehilangan sumber pendapatan, saya minta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan untuk pastikan dan bincangkan apakah insentif yang boleh diberikan kepada mereka yang terjejas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Bicara Ketua Menteri di Melakafm, di sini hari ini.

Ujarnya, kerajaan negeri akan meneliti maklumat lebih terperinci dan pemberian insentif itu akan bergantung kepada kewangan negeri.

“Negeri lain juga ada beri insentif, Melaka juga tidak ketinggalan untuk memastikan mereka yang terjejas ini tidak hilang pendapatan mereka,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago