Categories: MELAKA

Pemasangan Jalur Gemilang semarakkan bulan kemerdekaan

TANJUNG KLING 13 Ogos – Pemasangan Jalur Gemilang di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput sedang giat dijalankan bagi menyahut seruan kerajaan menyemarakkan Bulan Kemerdekaan.

ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pemasangan itu giat dijalankan selari dengan perlaksanaan kerajaan dalam melaksanakan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2019 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Banda Hilir, baru-baru ini.

Katanya, kerajaan negeri telah meluluskan satu peruntukan dan ianya tidak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi kerajaan lain dalam memperkasakan hasrat berkenaan.

“Malah, melalui Japerun juga pun telah mengambil inisiatif bagi membeli sendiri Jalur Gemilang untuk diagihkan ke setiap kawasan DUN membabitkan penglibatan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk diagihkan kepada rakyat.

“Perkara ini amat penting dengan galakkan yang diberikan bagi menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat bagi menghargai kemerdekaan negara yang dicapai.

“Apa pun, kita terus menyahut saranan ini bagi menjadikan negeri Melaka terus kekal ceria berbanding negeri lain dengan kibaran Jalur Gemilang yang di pasang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MelakaKini pada Program Ibadah Korban Bersatu Cawangan Krubong dan Pantai Puteri di Pantai Puteri, di sini pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Cawangan Bersatu Pantai Puteri, Azman Sudin dan Setiausaha Bersatu cawangan sama, Mahazreen Mohd Jamil.

Pada program berkenaan, nilai keseluruhan sebanyak 12 ekor lembu telah ditumbangkan sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut baru-baru ini telah disumbangkan parti kawasan berkenaan.

Menurutnya, program yang disambut pagi tadi telah menerima sambutan penduduk setempat bagi bergotong-royong mengagihkan kepada golonga memerlukan.

“Hari ini kita tambah lagi dua ekor yang melengkapkan sebanyak 12 ekor telah disumbangkan melalui Bersatu kawasan ini.

“Terima kasih kepada penglibatan Armada dan Srikandi kawasan ini yang telah banyak membantu dalam menjayakan program bermanfaat bagi membantu golongan memerlukan,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago