Categories: MELAKA

Pelbagaikan aktiviti di surau sekolah

BANDAR HILIR 20 Jun – Keberkesanan surau sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlu memenuhi tiga peringkat asas iaitu pemahaman, penghayatan dan pengamalan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Omar Jaafar berkata, bagaimanapun, surau sekolah memerlukan model-model pengajaran dan pembelajaran yang menyentuh potensi kognitif, pembinaan sahsiah, kebolehan berinteraksi dan bersosial, amalan tingkah laku yang baik dan kesediaan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Menurutnya, untuk menjayakan matlamat ini, surau sekolah harus disusun dengan aktiviti yang mampu membina sahsiah diri pelajar.

“Surau berfungsi sebagai tempat beribadah dan berdakwah. Tetapi, fungsi surau sekolah berbeza kerana ia mampu menjadi pemangkin kepada usaha dakwah dan kerohanian di sekolah.

“Penglibatan pengurusan sekolah, guru dan pelajar dalam kegiatan dakwah dan kerohanian akan lebih bermakna sekiranya surau sekolah dijadikan wahana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Surau An-Najihin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka (HMS) mewakili Ketua Menteri, Adly Zahari di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengetus SMK Tinggi Melaka, Ramnan Saidun dan Pengerusi Pembinaan Surau An-Najihin, Datuk Dr. Baba Md. Seni.

Tambahnya, surau sekolah juga digunakan sepenuhnya secara bersepadu dan terancang dalam pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Antara aktiviti teras sepatutnya dilaksanakan di surau sekolah termasuk solat berjemaah, Usrah, sambutan Israk Mikraj, program penghayatan amalan haji dan sebagainya.

“Bagaimanapun, guru perlu berganding bahu memberikan didikan agama kepada pelajar, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

“Saya lihat pelajar lebih mendengar dan patuh kepada guru berbanding ibu bapa. Hanya dengan didikan agama sempurna sahaja, jiwa dan sikap anak-anak dapat dipelihara sebaiknya,” katanya yang turut berharap guru-guru dapat merancang dan melaksana pelbagai aktiviti kerohanian untuk pelajar di surau ini.

Jangan terlepas berita terkini Negeri Melaka dengan Like dan Follow Facebook Page MelakaKini atau sertai dan lontarkan isu anda di Group MelakaKini untuk kami ketengahkan.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago