Categories: SUKAN DAN REKREASI

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang Karnival Mini Hijau 30 Mac

ALOR GAJAH 28 Feb. – Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung pada Karnival Mini Hijau yang akan diadakan di pusat beli belah Freeport A’Famosa di sini pada 28 Mac ini.

Antara aktiviti atau pertandingan yang akan diadakan pada karnival yang bermula jam 10 pagi hingga 5 petang itu ialah Green Xplorace, pertandingan mewarna dan pertandingan rekacipta.

Bagi yang berminat menyertai pertandingan Green Xplorace, setiap kumpulan yang disertai dengan dua orang akan dikenakan yuran sebanyak RM65.

Borang penyertaan boleh dilayari di https://tinyurl.com/greenxplorace2020.

Bagi pertandingan mewarna, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu berumur antara 6 hingga 8 tahun dan 9 tahun hingga 12 tahun.

Tiada yuran dikenakan untuk pertandingan yang bertemakan Dunia Marinku.

Borang penyertaan boleh dilayari di https://tinyurl.com/mewarna2020.

Pertandingan Reka Cipta pula terbuka secara percuma kepada pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta (IPTA/S).

Borang penyertaan pertandingan yang bertemakan Inovasi Hijau ini boleh dilayari di https://tinyurl.com/rekacipta2020.

Pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung karnival berkenaan.

Maklumat penuh mengenai karnival ini boleh dilayari di https://tinyurl.com/KarnivalMiniHijau

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago