Categories: MELAKA

Pelanggan masuk dapur masak juadah sendiri

NORSYAHIRA (tudung oren) mengambil keputusan memasak sendiri makan untuk ahli keluarganya dan juga pelanggan lain.

BANDARAYA MELAKA, 19 Jun – Seorang pengamal perubatan alternatif, Ustaz Mohd Muzahidin Dolah, 34 dan isteri Norsyahira Samin, 33 mengambil keputusan memasak sendiri makanan yang dipesan ahli keluarganya apabila restoran yang disinggah mereka di Majung Perak gagal menyediakan masakan tersebut selepas menunggu hampir dua jam setengah.

Pasangan suami isteri yang dalam perjalanan pulang dari Perak ke Melaka selepas bercuti di menyambut Aidilfitri semalam, bertindak bertanya pemilik restoran mengenai kelewatan makan yang dipesan sementelaah turut berasa hairan kerana pelanggan lain juga menunggu dalam tempoh yang agak lama.

“Akibat tidak berpuas hati kerana terlalu lama menunggu sedangkan anak-anak sudah mula menangis kerana kelaparan, saya masuk ke restoran dan bertanya kepada pemiliknya kenapa terlalu lama menyiapkan pesanan pelanggan.

“Pemilik restoran memaklumkan mereka kekurangan kakitangan kerana masih bercuti raya dan hanya seorang tukang masak sahaja bekerja menyebabkan pesanan menjadi lambat sedangkan pelanggan semakin ramai ketika itu.

“Isteri saya minta izin daripada tuan kedai untuk masuk ke dapur dan memasak manakala saya sendiri mengambil pesanan daripada pelanggan lain dan yang baru sampai selain turut menghantar hidangan yang dipesan pelanggan,” katanya kepada MelakaKini.

Suasana hingar bingar dengan rungutan orang ramai yang berdepan masalah serupa berlaku selepas maghrib di Kedai Makanan Tomyam Seafood Manjung itu dengan hanya tiga orang pekerja sambilan sahaja bertugas ketika itu.

Gelagat pasangan suami isteri di Kedai Makanan Tomyam Seafood Manjung itu dirakam pelanggan lain dan turut dikongsi di laman sosial dan mula menjadi viral kerana sanggup memasak bukan hanya untuk keluarga mereka sebaliknya juga pelanggan lain yang turut berada di situ.

Norsyahira berkata, selepas menyediakan masakan untuk ahli keluarganya, dia terus memasak makanan yang dipesan oleh pelanggan lain antaranya mee sup, mee hailam, nasi goreng ikan masin, nasi goreng cina, mee goreng, mee goreng kampung dan nasi goreng ayam.

“Mujur saya memang ada kemahiran memasak kerana membantu ayah menguruskan Kedai Makan Osamin di Telok Mas sejak berumur 14 tahun lagi, jadi bab memasak dan suasana di kedai makan bukanlah perkara baru kepada saya.

“Sebenarnya tidaklah susah sangat sebab bahan-bahan untuk memasak telah disediakan , cuma mungkin tukang masak tu agak perlahan dan tidak terkejar dengan permintaan pelanggan menyebabkan operasi di bahagaian dapur menjadi sangat perlahan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Muzahidin pula berkata, kebiasaannya mereka pulang dari Perak ke Melaka menggunakan lebuhraya, namun mengambil keputusan untuk menggunakan jalan lama bagi mengelakkan kesesakan berganda berikutan sambutan Aidilfitri sejak Jumaat lalu.

“Sebenarnya kami tak pernah singgah langsung kedai tu. Biasanya kalau balik ke Bagan Serai kami lalu ‘highway’, jadi ambil keputusan guna jalan ‘dalam’, rupanya ‘sangkut’ juga di Bota.

“Nak bergerak je terus bimbang tak jumpa kedai makan lain, itu yang kami tunggu juga di kedai tersebut. Lama sangat menunggu sampai anak-anak dan merengek dan menangis.

“Bukan anak je lapar, kita pun lapar juga. Itu yang terus ke dapur tu. Mujur emak, ayah dan adik saya ada, boleh mereka tolong tengok-tengokkan empat orang anak sementara saya dan isteri kena bekerja, ” beritahu Muzahidin sambil ketawa mengenangkan insiden tersebut.

Pasangan suami isteri yang itu juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pemilik restoran kerana membenarkan mereka memasak dan membantu dan menyiapkan makanan untuk pelanggan lain.

Walaupun mahu membayar harga makanan yang dimakan, tuan kedai berkeras tidak mahu menerima bayaran terebut kerana beranggapan pasangan suami isteri dari Melaka ini telah membantu menyelesaikan kerumitan yang dihadapi ketika itu.

“Keluarga kami makan banyak, jadi kami kena bayar. Lagipun kami pernah berniaga, faham situasi dihadapi oleh tuan kedai tu.

“Apa salahnya kita membantu apa yang kita tahu. Moga apa jua kebaikan akan menjadi ikutan kepada orang ramai,” jelas pasangan suami isteri yang sentiasa ceria ini.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago