Pelancongan Belia: Beri manfaat pada Melaka

Pelancongan Belia: Beri manfaat pada Melaka

Sajian pelancongan belia yang ditawarkan di Melaka..

SLOGAN ‘The Gateway to Historic Malaysia’ secara ringkas memberi gambaran apa yang dapat disajikan kepada pelancong oleh penduduk berbilang kaum di Melaka.

Kelainan ini meletakkan negeri ini sebagai salah sebuah destinasi pelancong yang terbilang di rantau Asia

Kaya dengan sumber sejarah, kebudayaan dan kesenian menjadikan negeri ini tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri.

Ia terbukti apabila Melaka diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam Persidangan ke-32 Jawatankuasa Warisan Dunia di Quebec, Kanada pada 7 Julai 2008.

Ini disokong dengan 13 sub sektor pelancongan iaitu Sejarah, Budaya, Rekreasi, Sukan, beli-Belah dan Konvensyen.

Enam lagi sub sektor ialah Kesihatan, Pendidikan, Agro, Makan-Makan, Melaka Rumah Keduaku, Belia dan Eco Pelancongan.

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) mula beroperasi pada 1967 berperanan sebagai penghubung antara pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan kerajaan negeri dengan kumpulan sasar melalui medium dan sistem penyampaian yang berkesan.

Pentadbirannya dibahagikan kepada Ibu Pejabat, Kompleks Belia dan Sukan serta tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Jumlah pusat pentadbiran yang kecil ini sesuai dengan keluasan Melaka yang hanya mempunyai keluasan 1,650 kilometer persegi atau 1.3 peratus daripada kawasan seluruh Malaysia.

Visi belia JBSNM pada 2020 merupakan generasi berpengetahuan, berteknologi tinggi, berkemahiran, mengamalkan nilai yang berteraskan masyarakat cergas, harmoni, produktif dan berdisiplin.

MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA

Membawa slogan ‘Atlet Cemerlang Melaka Gemilang’, Majlis Sukan Negeri Melaka ditubuhkan pada 1972 di bawah Akta 29 Jadual Kedua Majlis Sukan Negara Malaysia 1971.

Majlis Sukan Negeri Melaka disusun semula mengikut Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 (Pindaan Kedua 1988) dan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka pada 21 Februari 1991.

Fungsi utamanya menyelaras dan membantu persatuan sukan prestasi tinggi di negeri ini, mempergiat program pembangunan atlet Melaka dan mentadbir kewangan Majlis Sukan Negeri bagi mencapai objektif secara optimum.

SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA MELAKA 2019

Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri akan diadakan selama dua hari bermula 28 hingga 29 Jun ini di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir bermula jam 8 malam hingga 10 malam dan dijangka menarik 30,000 belia pada sambutan tersebut.

Lebih 40 acara menarik disajikan bagi menarik kehadiran pelancong dalam dan luar bersesuaian dengan lokasinya sebagai kawasan tumpuan pelancong.

Sambutan itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Adly Zahari dan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 29 Jun ini.

CATEGORIES
TAGS