Categories: MELAKAPELANCONGAN

Pelancong perubatan Melaka meningkat

MELAKA, 27 Jun – Jumlah pelancong perubatan warga asing yang mendapatkan rawatan di hospital swasta di Melaka meningkat kira-kira 11.8 peratus kepada 108,369 orang tahun lepas berbanding 96,926 orang pada 2016.

Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr Ghazali Othman berkata mereka menyumbang RM103.6 juta kepada pendapatan negeri, meningkat 11.5 peratus berbanding RM92.93 juta pada 2016.

Menurutnya Melaka menjadi tumpuan pelancong perubatan terutamanya dari Indonesia dan China.

“Melaka antara negeri yang aktif menarik pelabur atau pelancong perubatan asing selain Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang serta bersaing dengan Singapura memandangkan prestasi atau pencapaian perkhidmatan yang disediakan setanding dengan taraf antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo baharu Pusat Perubatan Mahkota, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya sentiasa menggalakkan hospital swasta di negeri berkenaan menjaga kualiti perkhidmatan selain meningkatkan teknologi mengikut kemampuan dari semasa ke semasa agar dapat terus bersaing.

Ghazali berkata pihaknya akan terus menyokong industri pelancongan perubatan di negeri itu menerusi pelbagai kerjasama.

Mengulas perkembangan lain, beliau menyarankan seluruh masyarakat pelbagai peringkat umur memberi perhatian terhadap tahap kesihatan masing-masing dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi membendung penyakit tidak berjangkit.

Ini kerana katanya penyakit tidak berjangkit kini antara ancaman awam yang terus menunjukkan trend peningkatan dari tahun ke tahun melibatkan kumpulan produktif berusia 18 hingga 40 tahun.

“Penyakit tidak mengenal umur dan bebanan penyakit yang ditanggung pada hari ini adalah kesan gaya hidup yang diamalkan pada 20 atau 30 tahun sebelum ini. Jadi masyarakat perlu mengubah gaya hidup mereka secepat mungkin dan tiada istilah ‘too late’ untuk membaiki tahap kesihatan mereka,” katanya.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago