Categories: MELAKAPELANCONGAN

Pelancong ke Melaka meningkat

AYER KEROH 4 Jun – Melaka mencatatkan 4.79 juta pelancong yang berkunjung ke negeri ini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2019 berbanding 4.07 juta pada tahun lalu dalam tempoh yang sama.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, peningkatan pelancong yang masuk ke Melaka sebanyak 17.49% sangat menggalakkan dan dijangkakan bakal mencapai 20 juta bersempena Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM2019).

“Pelancong domestik yang teramai berkunjung ke Melaka datang daripada Selangor (13.11%) diikuti Johor (11%), Kuala Lumpur (9.92%), Negeri Sembilan (6.14%) dan Pahang (5.7%).

“Manakala, pelancong asing yang datang ke Melaka dengan jumlah teramai 46.2% datang dari China, diikuti Singapura (17.31%), Indonesia (8.34%), Taiwan (4.6%) dan Hong Kong (3.05%),” katanya ketika ditemui di Kompleks Seri Negeri di sini, baru-baru ini.

Jelas Adly, Melaka akan terus mempromosikan pelancongan dengan fokus pada 13 sub-sektor termasuk sejarah, budaya, sukan, kesihatan, agro-pelancongan serta eko-pelancongan.

Katanya, beliau turut meminta semua pengusaha yang menjadikan apartmen, banglo dan kediaman persendirian sebagai inap desa supaya berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Langkah ini katanya perlu kerana tindakan pengusaha inap desa tidak berdaftar menyukarkan pengawalan pihak berkuasa dan pengabaian mutu perkhidmatan yang seterusnya boleh menjejaskan imej industri pelancongan negeri.

“Tourism Melaka telah diminta menyediakan kertas cadangan berhubung perkara ini untuk diambil tindakan lanjut,” tambahnya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago