Pelancaran Bulan Sukan Negara perkasa budaya bersukan, tingkat nilai perpaduan

Pelancaran Bulan Sukan Negara perkasa budaya bersukan, tingkat nilai perpaduan

Bagus amalkan budaya sukan ni..

KRUBONG 8 Okt. – Majlis Pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Melaka Tengah 2019 diadakan baru-baru ini telah menerima sambutan kira-kira 2,000 peserta dari kawasan itu.

Program diadakan menerusi kerjasama Kelab Bola Sepak Taming Sari dan Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah telah dijalankan di perkarangan parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Tampoi, di sini.

Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee berkata program yang diadakan itu mampu menggalakkan masyarakat berbudaya sukan khususnya di negeri ini.

Katanya, perlaksanaan program berteraskan sukan itu mampu mewujudkan nilai perpaduan antara pelbagai kaum di negeri ini di dalam hidup bermasyarakat.

“Pelbagai acara sukan telah dilaksanakan pada program ini termasuk acara berbasikal Fun Ride sejauh 30 KM, Aerobikthon, Strong Fit Challenge, Pertandingan E-Sport, 3 on 3 Netball serta pelbagai lagi.

“Diharapkan dengan perlaksanaan program seperti ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat untuk membudayakan sukan dalam kehidupan harian serta dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya pada ucapan perasmian tersebut.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES