Categories: TV MELAKA

PELAKSANAAN ZON BEBAS KENDERAAN PERLU KAJIAN TERPERINCI

Buat masa ini laluan masih dibuka seperti biasa..

Perlaksanaan Zon Bebas Kenderaan di sekitar kawasan Tapak Bandar Warisan Dunia masih memerlukan kajian yang terperinci.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Tey Kok Kiew berkata, selain bagi memelihara bangunan bersejarah sedia ada, pelbagai aspek melibatkan peniaga, pelancong dan penduduk perlu di ambil kira.

Tambah Datuk Tey, laporan kajian yang diterima daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) masih memerlukan penilitian agar segala permasalahan dan halangan dapat diminimumkan termasuk mengambil kira aspek keselamatan pejalan kaki.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Simposium Kebangsaan Transformasi Pengurusan Bahan Rujukan Khazanah Warisan Negara Secara Bersepadu 2019 di Hotel Mudzaffar.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Khali Aziz Hamzah.

Lebih 50 kakitangan jabatan dan agensi kerajaan seluruh negara terlibat bagi membincangkan budaya kreatif dan inovatif berkaitan pengurusuan aktiviti penyelidikan di negara ini.

Sementara itu, Khali berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menawarkan khidmat nasihat berhubung pengurusan kelestarian alam sekitar di negeri ini.

Ashalia binti Yusof

Leave a Comment
Share
Published by
Ashalia binti Yusof

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago