Pelajar UTeM terima manfaat berbuka puasa

Pelajar UTeM terima manfaat berbuka puasa

Berkat di bulan Ramadan.....Syukur nikmat...

DURIAN TUNGGAL 10 Mei – Lebih 1,000 pelajar menerima manfaat juadah berbuka puasa atas usaha warga kerja Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang menggerakkan inisiatif itu.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, penganjuran itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pengisian Program Ihya’ Ramadan Tahun 1440 Hijrah.

Menurutnya, program itu bagi membudayakan sifat mahmudah dalam diri warga universiti di samping memupuk sifat saling membantu antara satu sama lain.

“Pelbagai aktiviti utama sebagai pengisian Ihya Ramadan dirancang bagi meningkatkan kefahaman serta penghayatan warga UTeM.

“Ia, sekali gus menguar-uarkan kepada masyarakat mengenai kelebihan bulan Ramadan selain memupuk rasa prihatin dan silaturahim warga universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ihya’ Ramadan Tahun 1440 Hijrah di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampus Induk UTeM.

Pelbagai aktiviti lain diadakan sepanjang Ihya Ramadan seperti Tazkirah Ramadan setiap hari selepas solat zuhur, Tadarus al-Quran harian sebelum solat zuhur, program penyediaan dan memasak juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan dan Iftar Jama’i Harian dan sahur harian sepanjang Ramadan.

Manakala, 10 malam terakhir diserikan dengan Program Qiamullail dan Aktikaf Perdana serta Sahur Jama’i, Program Khatam al-Quran (Quran Hour), Ceramah Nuzul al-Quran dan penyerahan sumbangan hari raya.

CATEGORIES
TAGS