Pelajar UKM & agensi kerajaan santuni Orang Asli Bukit Payung

Pelajar UKM & agensi kerajaan santuni Orang Asli Bukit Payung

ALOR GAJAH 26 Mac – Seramai 40 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beberapa agensi awam menyantuni masyarakat Orang Asli di Bukit Payung dalam Program #Mesra Orang Asli di Kampung Bukit Payung, Ahad lalu.

Program yang mendapat kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM); Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa); Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) itu bertujuan mengeratkan hubungan ukhwah dan interpersonal antara penduduk kampung bersama agensi kerajaan.

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Mohd Sofi Wahab berkata, program yang diadakan selama dua hari satu malam bermula Ahad lalu itu melibatkan lebih 500 Orang Asli terdiri daripada 120 ketua keluarga.

Katanya, pelbagai pengisi dan aktiviti dilaksanakan termasuk sesi ramai mesra, ziarah keluarga angkat, aktiviti riadah diikuti solat fardhu secara berjemaah.

“Program ini bertujuan menjalinkan hubungan yang baik antara dua pihak dan menyemai perpaduan dan mencari keharmonian.

“Antara lain, menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli dan lain-lain,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Pegawai Daerah Alor Gajah, Rahizi Ranom.

CATEGORIES
TAGS