Categories: MELAKA

Pekerja kilang maut ke tempat kerja

ALOR GAJAH 2 Ogos – Seorang pekerja kilang maut dalam perjalanan ke tempat kerja selepas terbabit kemalangan di Jalan Lesung Batu, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohd Amirrul Ukqmal Azaar, 21, dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Pegoh kira-kira jam 7.40 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sewaktu kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari arah Machap Baru menghala ke Alor Gajah manakala Perodua Alza daripada arah bertentangan.

“Siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa yang menunggang seorang diri dipercayai hilang kawalan.

“Akibat daripada itu motosikal yang ditunggang mangsa telah masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah Perodua Alza yang dipandu wanita berusia 35 tahun,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, akibat kemalangan itu mangsa maut dilokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah.

“Kedua- dua kenderaan kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago