PDTJ mohon RM3.5 juta bina bangunan tambahan

JASIN 20 Ogos – Pejabat Daerah dan Tanah Jasin (PDTJ) di sini memerlukan peruntukan RM3.5 juta bagi membina bangunan tambahan baru untuk operasinya.

Perkara tersebut dibangkitkan pada sesi taklimat sempena lawatan kerja Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari ke PDTJ hari ini.

Menurut wakil PDTJ, bangunan tambahan baru satu tingkat itu diperlukan bagi menampung kekurangan bilik fail dan ketiadaan bilik mesyuarat mini yang dihadapi pejabat itu ketika ini.

Katanya, bangunan tambahan itu dicadangkan untuk dibina di belakang pejabat sedia ada dan kos RM3.5 juta yang dipohon meliputi kerja-kerja awalan dan infrastruktur projek selain untuk pembelian aset.

Adly dalam reaksi segeranya menyatakan kerajaan negeri mengambil maklum permohonan yang dikemukakan itu.

Namun, katanya, kerajaan negeri ketika ini memberikan lebih tumpuan dalam usaha penambahbaikan aset sedia ada di semua pejabat tanah dan daerah negeri ini termasuk di PDTJ.

“Kita akan membuat keputusan mengikut keperluan.

“Kerajaan negeri akan memikirkan soal pembangunan baharu hanya selepas usaha penambahbaikan aset sedia ada dilakukan,” katanya.

Mengenai lawatan kerjanya, Adly berkata, ia merupakan penutup kepada lawatan kerja beliau ke tiga pejabat daerah dan tanah di negeri ini.

“Saya telah melawat Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah dan Alor Gajah sebelum ke PDTJ,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan dan Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago