Categories: MELAKA

PDRM laksana program subsidi lesen memandu untuk remaja Melaka

MELAKA, 11 Dis. –  Polis Diraja Malaysia (PDRM)  menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Melaka akan melaksanakan program subsidi atau diskaun kepada remaja atau belia khususnya daripada golongan isu rumah berpendapatan rendah B40 untuk mendapatkan lesen B2 dan D bermula tahun depan.

Ketua Polis Melaka Datuk Mat Kasim Karim berkata ia bertujuan memastikan lebih ramai anak muda atau remaja yang layak mendapat lesen kenderaan mampu memilikinya pada harga yang rendah iaitu RM230 bagi lesen B2 berbanding RM353.40 sebelum diskaun manakala RM1,087 bagi lesen D berbanding RM1,316.40.

“Inisiatif ini berdasarkan statistik operasi yang dijalankan pada tahun ini iaitu sebanyak 3,347 saman dikeluarkan kepada remaja di bawah umur 16 dan 18 tahun dalam tempoh 1 Januari hingga 30 November lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2,658 saman atau 79 peratus melibatkan kesalahan tiada lesen memandu melibatkan golongan tersebut,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Penguatkuasaan ‘Mitsubishi Outlander 2.4’ di sini, semalam bagi menggantikan kenderaan sedia ada yang telah uzur dan lama untuk kegunaan penguatkuasaan peraturan jalan raya.

Mengulas lanjut, beliau berkata remaja yang layak menerima subsidi bagi mendapatkan lesen memandu antaranya ialah mereka yang ditahan dalam operasi yang dilakukan sebelum ini dan anak yatim di Melaka.

Dalam pada itu, Mat Kasim berkata sebanyak 18,131 kes kemalangan jalan raya direkodkan di negeri ini dalam tempoh 1 Jan hingga 8 Dis lalu dan 207 kes kemalangan maut direkodkan dalam tempoh itu.

Program diskaun lesen ini merupakan usaha bersepadu PDRM bersama  Jabatan Pengangkutan Jalan dengan sebuah sekolah memandu di negeri ini.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago