PBSD Jasin anjur perlawanan persahabatan dekati belia

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

DALAM usaha mendekati golongan belia agar sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan riadah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jasin mengambil pendekatan mendekati golongan belia di daerah itu dengan menganjurkan aktiviti sukan.

Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali berkata, antara aktiviti yang diadakan termasuklah perlawanan bola tampar persahabatan yang diadakan dengan Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin di Merlimau, baru-baru ini.

Menurut Nurul Haida, objektif utama perlawanan bola tampar persahabatan antara pasukan PBSD Jasin dan MGBD Jasin itu adalah untuk merapatkan silaturrahim antara kedua-dua pihak.

Katanya, ia juga dapat memupuk dan membudayakan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan penjawat awam dan belia serta melahirkan belia yang boleh diketengahkan dalam acara sukan diperingkat lebih tinggi.

“Sebagai permulaan kami mengadakan perlawanan bersama Jawatankuasa MGBD Jasin dan melalui program ini, kami dapat mengetahui lebih lanjut mengenai kegiatan dan aktiviti persatuan belia yang terdapat di daerah Jasin.

“Menerusi perlawanan persahabatan ini juga, kami dapat bertukar-tukar fikiran disamping memberi bimbingan dalam membantu persatuan belia yang ada untuk terus bergerak aktif di kawasan masing-masing,” katanya.

Nurul Haida menjelaskan, perlawanan persahabatan seperti bola tampar akan dijadikan program bulanan PBSD Jasin mengikut kesesuaian dan mereka merancang untuk mengadakannya di setiap DUN dalam daerah Jasin.

Hadir sama pada perlawanan persahabatan itu, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan negeri, Ahmad Syariffuddin Sarmin dan Pengerusi MGBD Jasin, Zaini Muhamad.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago