Categories: SUKAN

Pasukan pilihan jadi tumpuan

HANYA beberapa hari sahaja lagi kempen Piala Dunia FIFA Rusia 2018 akan menarik tirai pembukaan. Kempen kali ini memperlihatkan beberapa situasi potensi pasukan yang kerap dipersoalkan sama ada mereka mempunyai peluang menjulang kembali piala ‘raja’ bola sepak dunia kali ini. Sukar diramal, namun berikut adalah pasukan pilian yang telah dikenalpasti membuat kejutan pada kempen kali ini.

1.BRAZIL
Pasukan yang berubah di bawah kepimpinan Tite. Brazil adalah negara pertama menempah slot mereka di Rusia 2018. Badinya dibelasah jerman pada 2018 (7-1) telah pun dibuang oleh beberapa persembahan cemerlang termasuk kemenangan terbaru 1-0 ke atas juara dunia di Berlin.

PEMAIN UTAMA BRAZIL, NEYMAR

Terdapat beberapa persoalan yang timbul ketika pemain ini mengalami kecederaan yang menggugat kariernya di Paris Saint-Germain Februari lalu. Tetapi, Neymar yang kini berumur 26 tahun sudah pun menjaringkan 54 gol untuk Brazil dan menghampiri jumlah jaringan legenda Romario, Ronaldo dan Pele. Kemunculan semula pemain ini semasa menentang Croatia membuktikan pemain ini tetap berbisa di benteng hadapan Brazil dan perlu diawasi sepenuh masa!

PANDANGAN JURULATIH

“Brazil adalah pasukan pilihan pada kempen Piala Dunia FIFA. Dengan mutu yang dimiliki pemain, tahap dan prestasi, kami sememangnya adalah pasukan yang boleh menjulang piala dunia,” kata Tite.

2.PERANCIS

Didier Deschamps tiba di Rusia 2018 dengan kekuatan penuh pasukan yang memiliki nama-nama besar. Lihat sahaja senarai 23 individu di skuad berkenaan seperti Pogba, Griezmann, Mbappe dan Dembele yang memberikan keyakinan kepada peminat bola sepak dunia. Jika, Deschamps berjaya mencipta formula untuk mengeluarkan senjata rahsia Perancis, dia akan menjadi individu ketiga selepas Maria Zagallo dan Franz Beckenbauer untuk memenangi Piala Dunia FIFA 2018 sebagai jurulatih dan pemain.

PEMAIN UTAMA PERANCIS, ANTOINE GRIEZMANN

Sejak mempamerkan kualiti luar biasa di UEFA EURO 2016, adiwira Perancis ini sekali lagi membawa Atletico Madrid mara ke final. Griezmann telah membuktikan beliau adalah pemain yang layak bersaing di pentas dunia yang memiliki kekuatan, dinamik dan paling utama merbahaya!. Kekuatan lariannya mungkin menjadi senjata bagi serangan berantai dirangka Les Bleus.

PANDANGAN JURULATIH

“Kami mempunyai banyak cita-cita tetapi jika kita melihat negara-negara lain, terdapat dua di Eropah (Sepanyol dan Jerman) yang mendahului kami, dan satu di Amerika Selatan (Brazil),” kata Didier Deschamps.

3.JERMAN

Mempertahankan Piala Dunia adalah tugas paling sukar dan tiada pasukan yang mampu melakukan perkara itu sejak 1962 di Brazil. Bagaimanapun, Jerman tiba di Rusia 2018 dengan kumpulan pasukan yang lebih dashyat dan tidak dinafikan, lebih kuat berbanding pasukan kegemilangannya empat tahun lalu. Kemenangan mereka pada Piala Konfederasi FIFA dengan skuad muda seperti Timo Werner, Leon Goretzka dan Joshua Kimmich memberi bayangan mereka telah bersedia dan mampu menyumbang untuk mempertahankan piala dan menyumbang kemenangan kepada Jerman.

PEMAIN UTAMA JERMAN, MESUT OZIL

Pemilihan pemain ini dalam skuad Rusia 2018 telah dikecam teruk kerana tidak konsisten kebelakangan ini sama ada dalam saingan negara dan kelab. Namun, dia tetap berbakat dan kreatif. Jika Jerman mahu mempertahankan Piala Dunia FIFA kali ini, mereka sememangnya memerlukan Ozil untuk membantu Jerman menjadi raja bola sepak dunia.

PANDANGAN JURULATIH

“Jerman akan diburu sepenuhnya dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan kekuatan diluar batas manusia biasa diperlukan jika kita mahu menjadi juara dunia sekali lagi,” kata Joachim Low.

4.Sepanyol

Pasukan terakhir yang memiliki pelbagai potensi dan merbahaya dari segenap sudut. Biarpun, tersingkir awal pada Brazil 2014 dan UEFA EURO 2016. Pasukan ini telah menerusi cara untuk memerangkap musuh menerusi pemain generasi baharu seperti Julen Lopetegui. Pemain berkenaan telah pun menemui rentak bersama Sepanyol sekali gus menjadikan pasukan ini sebagai antara skuad yang sedang kelaparan dan sangat merbahaya. Aksi yang berkualiti di peringkat kelayakan serta pertarungan bersama pasukan berjenama besar dalam peringat saringan membuktikan Sepanyol telah menutup kelemahan dimiliki dan sedia untuk pergi lebih jauh.

PEMAIN UTAMA SEPANYOL, DAVID SILVA

Walaupun digelar kuda tua berumur 32 tahun, pemain generasi emas Sepanyol ini kerap bermain di posisi sokongan untuk membantu pasukan selain berjaya menjaringkan lima gol pada peringkat saringan. Adiwira Manchester City ini merupakan tonggak yang penting dalam perancangan Julen Loptegui.

PANDANGAN JURULATIH

“Anda akan digelar sebagai pasukan pilihan jika anda menang. Bola sepak Sepanyol telah melalui detik yang mencabar pada 2008, 2010 dan 2012. Tetapi kami tiba di sini dengan perasaan rendah diri dan mahu membuktikan sesuatu,” kata Julen Loptegui.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: sukan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago