PASTIKAN SMART METER BERFUNGSI SECARA SEMPURNA

PASTIKAN SMART METER BERFUNGSI SECARA SEMPURNA

Aplikasi ‘myTNB’ tu pun katanya sukar diakses. Hope TNB segera tangani isu ni.

Ketua Menteri, Adly Zahari menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan sistem dan aplikasi Smart Meter berfungsi sepenuhnya.

Ia bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat penggunaan mereka sekali gus mengelak timbulnya kekeliruan.

Menurutnya, jika sistem dan aplikasi itu tidak boleh berfungsi secara sempurna, bererti ia gagal memberi perkhidmatan terbaik seperti mana yang dijanjikan.

“Ya mmg. Klu kita lihat sepatutnya kita mahu bhwa apa yg dijanjikn kpd rakyat itu kita harus tunaikn termasuk dari segi pengawalan tenaga. Itu boleh dilihat sndiri oleh masyarakt. Itu tujuan pemasngn, jd kita hrpkn dgn tujuan itu masyarakt akn dpt mnggunakn apps itu dgn cara yg baik. Jd, bg kita yg paling pnting adalah pelaksanaan itu msti dibuat secara sempurna. Jd yg mnmbulkn masalah bila mkluman2 itu tidak diberikn kpd masyarakat.”

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Adly berkata, kira-kira 250 ribu pemasangan meter pintar ini telah dijalankan di kediaman-kediaman di sekitar negeri itu.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 2 ribu 500 aduan diterima dan sekitar seribu 600 aduan telah diambil tindakan oleh TNB melalui kaedah turun padang serta melihat semula meter yang dipasang dan memberi beberapa cadangan dari segi penggunaan kepada pengguna.

CATEGORIES