Categories: KebajikanMELAKA

Pasangan suami isteri warga emas diselamatkan SAZ

BANDARAYA MELAKA 2 Mac. – Nasib malang sepasang suami isteri warga emas yang terpaksa berteduh di sebuah pondok usang terbela apabila diselamatkan Skuad Agihan Zakat (SAZ) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada Jumaat lalu.

Setiausaha MAIM Azman Aziz berkata, pasangan suami isteri terbabit diselamatkan dengan bantuan orang awam yang menyalurkan maklumat kepada pihak MAIM.

“Semakan dibuat mendapati mereka adalah penerima bantuan bulanan MAIM sejak 2010.

“SAZ kemudian menguruskan bilik sewa untuk mereka diami yang mana sewa bulanan akan dibayar oleh MAIM dan turut menyalurkan bantuan kecemasan kepada pasangan terbabit,” katanya.

Difahamkan pasangan suami isteri berkenaan yang berusia 57 tahun itu terpaksa menumpang di pondok tersebut selepas dihalau keluar dari rumah pusaka didiami mereka.

Selama dua minggu pasangan terbabit tinggal di pondok usang yang hampir roboh itu tanpa bekalan elektrik dan air.

Sepanjang tempoh berkenaan, kedua- dua mereka menumpang mandi di stesen minyak, masjid dan hospital berdekatan.

Nur Saliawati Salberi

Leave a Comment
Share
Published by
Nur Saliawati Salberi

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago