Categories: MELAKA

Parlimen Kota Melaka sumbang RM3,000 naik taraf Surau Al-Amin

LIMBONGAN 16 Jan. – Pusat Khidmat Rakyat Kota Melaka telah memberi peruntukan sebanyak RM3,000 bagi menaik taraf Surau Al-Amin, Taman Limbongan Permai, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata peruntukan itu diberikan bagi menaik taraf infrastruktur tandas di surau berkenaan supaya lebih mesra orang kelainan upaya (OKU).

Jelasnya, sepanjang 2019, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM659,087 untuk hal ehwal agama dan kebudayaan termasuklah urusan-urusan yang berkaitan dengan naik taraf rumah-rumah ibadat.

“Kita akan meneruskan usaha bagi memelihara hal ehwal agama dan kebudayaan dengan memastikan tempat-tempat ibadat semua agama berada dalam keadaan yang baik serta selesa untuk digunakan oleh semua,” katanya.

Penyerahan cek RM3,000 itu telah disampaikan sendiri Pegawai Kebajikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka, Hairil Anuar Abdul Samad yang mewakili Poay Tiong.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 day ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago