Categories: MELAKA

Parlimen Kota Melaka hargai peranan media

BANDARAYA MELAKA 8 Jan. – Kira-kira 100 pengamal media Melaka diraikan dalam satu majlis Malam Media anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Melaka, baru-baru ini.

Ahli Parlimennya, Khoo Poay Tiong berkata, penganjuran majlis tersebut adalah untuk menghargai peranan media di Melaka yang selama ini menjalankan kerja dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

“Sejak saya menjadi wakil rakyat, saya dapat lihat kegigihan dan kepayahan wartawan dalam mencari berita. Oleh sebab itu, saya sangat hargai usaha dan kerja anda.

“Saya juga amat menghormati cara kamu menjalankan tugas kerana saya boleh katakan pengamal-pengamal media di Melaka, kesemuanya bertanggungjawab.

“Oleh sebab itu, saya rasa saya perlulah keluarkan belanja sedikit untuk menghargai media dan malam ini saya dedikasikan khas untuk orang media. Mereka tak perlu buat kerja, biar YB yang buat kerja,” katanya berseloroh ketika berucap ringkas di majlis tersebut.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Alex Seah Shoo Chin dan ADUN Bemban, Datuk Dr. Wong Fort Pin.

Dalam majlis di sebuah hotel di tengah Bandaraya Melaka itu, media yang hadir dijamu dengan pelbagai juadah selain kesemua mereka turut menerima hadiah menerusi cabutan bertuah.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago