Categories: MELAKA

PAPIM lebarkan cawangan ke Melaka

SALAH seorang penderma menyumbang dalam tabung PAPIM.

ALOR GAJAH 12 Ogos – Pertubuhan Amal Prihatin Insan Malaysia (PAPIM), melebarkan sayap ke zon selatan apabila memilih Negeri Melaka untuk pembukaan cawangan ketiga selepas Kemaman dan Kuala Terengganu.

PAPIM dipengerusikan Datuk Aliff Muhidan berkata, PAPIM sebelum ini banyak menumpukan program kebajikan, program kemasyarakatan dan majlis amal khususnya di negeri sebelah Pantai Timur, namun kini bergerak pula di selatan tanah air.

Katanya, pembukaan cawangan PAPIM di Negeri Melaka yang merupakan negeri kelahirannya
bermatlamat memperkasa peranan sebagai badan amal bukan kerajaan agar dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan bantuan.

PAPIM komited dan sudah bersedia sepenuhnya untuk menambah cawangan di setiap zon dan Negeri Melaka yang merupakan negeri kedua selepas Terengganu.

“Insya-Allah selepas ini akan ada lebih banyak lagi cawangan akan dibuka di seluruh negara pada masa akan datang,” katanya kepada MelakaKini.

Menurutnya, objektif PAPIM selaku Badan Bukan Kerajaan (NGO) ialah membantu golongan fakir miskin tanpa mengira etnik bangsa dan agama.

Ujarnya, usaha PAPIM juga sedikit sebanyak membantu meringankan kerajaan, sekali gus mengenal pasti asnaf yang mungkin terlepas dari pandangan mana-mana badan kebajikan berkaitan.

“PAPIM Melaka merancang untuk mengadakan 12 program pada tahun 2019 dan dua program
daripadanya sebelum tahun 2018 melabuhkan tirai penghujung tahun ini.

“Program yang bakal dilaksanakan melibatkan kebajikan masyarakat di Negeri Melaka seperti bantuan barang keperluan harian, bantuan sumbangan kewangan, tabung pendidikan serta kursus dan latihan.

“Antara yang menjadi perhatian PAPIM pada program pertama ialah mengenai bantuan persekolahan dan tabung pendidikan,” jelasnya.

Beliau juga memaklumkan bahawa segala usaha menjayakan perancangan dan program ini tidak akan terlaksana tanpa kerjasama dan sumbangan dari semua pihak.

“Seiring dengan objektif pembangunan kesejahteraan masyarakat dan melaksana hak dan tanggungjawab kepada masyarakat, PAPIM juga berhasrat mengadakan kerjasama dengan badan kebajikan berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat Negeri Melaka (PZM) pada masa akan datang.

“Seluruh ahli jawatankuasa dan perlaksana PAPIM mohon jasa baik semua pihak tampil membantu merealisasikan program yang dirancang agar terus dapat membela nasib yang tidak berkemampuan,” katanya.

Sebarang maklumat terkini mengenai PAPIM Melaka, boleh terus ke pejabat PAPIM Cawangan Negeri Melaka beralamat di KM 49-3, Jalan Perniagaan Jelatang Utama, Pusat Perniagaan Jelatang, 78000 Alor Gajah Melaka.

Orang ramai juga boleh hubungi Pengurus Cawangan PAPIM Melaka iaitu Muhamad Shafiq Razali di talian 012-359 6697.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago