Pameran Kerjaya UTP CCE 2019 sasar 5,000 pengunjung

AYER KEROH 25 Okt. – Pameran Kerjaya Universiti Teknologi Petronas (UTP) Corporate Career Development (CCE) 2019 yang menjadi platform kepada graduan mendapatkan peluang pekerjaan dalam pelbagai industri dijangka menyasarkan penyertaan 5,000 pengunjung dan pembabitan 30 syarikat korporat di seluruh Malaysia.

Penganjuran program oleh Pusat Pembangunan Kerjaya UTP yang bakal diadakan pada 16 hingga 17 November ini adalah sempena dengan Majlis Konvokesyen UTP ke-19.

Pengarah Program CCE 2019, Muhammad Wafiuddin Muhammad berkata, program bertemakan ‘Unlock True Potential with UTP’ itu bertujuan memperkenalkan syarikat korporat terkemuka negara kepada bakal graduan di Malaysia.

Jelasnya, pesta kerjaya itu juga mampu menjadi perantara kepada graduan untuk mendapatkan penempatan dalam latihan industri dan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Di samping itu, menerusi pameran terbabit pengunjung boleh berinteraksi dengan pemimpin korporat dan wakil sumber manusia kanan bagi mendapatkan perincian jelas mengenai syarikat masing-masing.

“CCE membuka ruang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan dan kriteria yang diperlukan dalam industri di pasaran masa kini sekaligus merancang pemilihan kerjaya yang bersesuaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, tahun ini pihaknya menyasarkan kehadiran seramai 5,000 pengunjung dan penyertaan 30 syarikat korporat terkemuka di negara ini.

Selain pameran kerjaya, CCE turut menawarkan pelbagai aktiviti termasuk persiapan kerjaya yang membolehkan pakar industri atau majikan berinteraksi secara terus kepada pelajar selain berkongsi pandangan berkaitan penyediaan kerjaya.

Turut diadakan, lawatan industri yang menyediakan peluang kepada bakal graduan untuk melawat pejabat atau kilang bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai syarikat terbabit.

Sesi temuduga turut diadakan dalam kampus sebagai langkah kepada syarikat korporat yang terlibat untuk mengenali potensi pelajar yang berbakat sebelum ditawarkan pekerjaan.

Oleh Farah Suhaidah Othman

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago