Categories: MELAKAPELANCONGAN

Orang utan, badak air bakal jadi tarikan baru Zoo Melaka

AYER KEROH 30 Okt. – Orang utan dan badak air bakal menjadi tarikan terbaru Zoo Melaka di sini selepas ‘Elsa’ – sang harimau putih Bengal betina.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Mohd Rafee Ibrahim berkata, pihak zoo akan membawa masuk orang utan dari Bukit Merah, Perak manakala badak air bakal diperoleh melalui persetujuan dengan Taman Safari Prigen di Indonesia.

Beliau berkata, kedua-dua haiwan berkenaan diyakini mampu menarik kedatangan lebih ramai pengunjung ke Zoo Melaka seperti yang berjaya dilakukan Elsa.

“Pada tahun ini sahaja, Zoo Melaka membawa tujuh spesis haiwan baru untuk tatapan pengunjung.

“Antaranya meerkat, rakun, tiong emas, kura-kura Sulcata dan Patagonian Mara,” katanya kepada pemberita di Zoo Melaka baru-baru ini.

Menurut Mohd Rafee, Zoo Melaka akan berusaha menambah koleksi haiwan di dalam zoo melalui kerjasama strategik bersama zoo-zoo di Asia Tenggara.

Selain menambah koleksi haiwan, katanya pihak Zoo Melaka juga akan menambah baik pameran haiwan di dalam zoo bagi memberi kepuasan kepada setiap pengunjung.

“Pengurusan Zoo Melaka memperuntukkan hampir RM3 juta bagi melakukan penambahbaikan dan penyelenggaraan di dalam mengembalikan zaman kegemilangan zoo,” katanya.

Menurut Mohd Rafee, pihak zoo juga akan akan memperbesarkan kaunter jualan tiket sedia ada bagi menampung ketibaan pengunjung yang dijangka akan terus bertambah.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini ujarnya, Zoo Melaka menerima kedatangan 309,580 pengunjung berbanding 239,403 dalam tempoh sama tahun lalu.

“Peningkatan sebanyak 70,177 pengunjung atau 22.31 peratus ini adalah sesuatu yang menakjubkan jika mengambil kira keadaan ekonomi semasa,” katanya.

Beliau yakin Zoo Melaka mampu mencatatkan kedatangan 500,000 pengunjung pada hujung tahun ini.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago