Categories: MELAKA

Ops Khas: 2 kenderaan disita, 3 ditahan positif dadah

JASIN 21 Ogos – Sebanyak 200 kenderaan diperiksa dan 44 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Operasi khas Bersepadu di Jalan Bemban di sini, lewat petang semalam.

Dua kenderaan turut disita iaitu sebuah motosikal yang telah tamat tempoh cukai jalan sejak 2014 jenis Honda Wave dan sebuah kereta tamat tempoh sejak tahun 2013.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan negeri, Muhammad Firdaus Shariff yang mengetuai operasi bersepadu itu berkata, operasi tiga jam yang bermula pada 3.30 petang itu melibatkan 58 pegawai serta anggota dari pelbagai agensi.

Katanya, ia termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Sementara itu, dalam saringan awal ujian air kencing oleh AADK mendapati 3 daripada mereka telah positif dadah jenis Metafetamin dan Opiet.

Timbalan Pengarah AADK Melaka, A.Reuben berkata, kesemua penagih berkenaan ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)1983.

“Seramai 34 saringan telah dibuat dan saringan awal mendapati tiga positif dan kesemua dari mereka akan ditahan dalam tempoh 24 jam dibawah akta berkaitan dan kemudian buat permohonan untuk reman,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago