Categories: MELAKA

OPKIM 3.0 latih anak muda membudayakan semangat kesukarelawanan

PAYA RUMPUT 14 Jan. – Seramai kira-kira 150 pelajar Fakulti Undang-undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa Kolej Universiti islam Melaka (KUIM) telah terlibat dalam program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM 3.0) di Kampung Paya Rumput, baru-baru ini.

Program khidmat masyarakat yang memasuki edisi ketiga itu diadakan bertujuan mempupuk serta membudayakan semangat kesukarelawanan di kalangan penuntut dengan melibatkan diri secara aktif bersama masyarakat dan anak-anak muda di kampung.

Sepanjang sehari program berkenaan dijalankan, m bersama anak-anak muda serta penyampaian sumbangan.antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kawasan rumah golongan asnaf, sesi pemeriksaan kesihatan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, progra

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Berucap di majlis penutup, Rafiq memuji pendekatan yang dijalankan Fakulti Undang-undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa KUIM yang berjaya melatih golongan muda (penuntut) berbakti kepada masyarakat.

Beliau berharap program seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan menjadi contoh kepada Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) lain di negeri ini.

“Program ini bukan sahaja mampu melatih anak muda yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, bahkan juga mempunyai semangat untuk berkhidmat dan berbakti dengan masyarakat. Saya berharap ia dapat diteruskan dan menjadi ikutan buat pelajar dari IPTA/IPTS lain di Melaka dan Malaysia,” katanya.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago