Categories: EvergreenMELAKA

Ohh ULAM, NO.3 tu sedap weh..

ULAM… Agak-agak generasi masa kini tau tak ulam tu apa? Dulu-dulu ulam memang terkenal dalam kalangan nenek moyang kita. Bukan saja mudah didapati di mana-mana, tetapi ulam mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan. Bahkan ada petua mengatakan kalau rajin makan ulam, kita akan awet muda. Ulam ni pula banyak jenis sebenarnya. Admin senaraikan beberapa ulam yang popular.

1. JANTUNG PISANG


Tak susah pun nak dapatkan jantung pisang ni. Walaupun namanya jantung tetapi ia berada di luar, bukan di dalam pokok pisang. Dikatakan jantung pisang boleh membantu mengelakkan sembelit. Pelbagai menu boleh disediakan antaranya direbus, masak lemak atau kerabu.

2. ULAM RAJA


Yang ni mudah didapati di kampung-kampung. Nak makan pun senang, hanya basuh dan boleh dimakan mentah. Ibu dalam pantang digalakkan makan ulam raja sebab banyak khasiatnya.

3. PETAI


Antara kegemaran ramai, rasanya petai budak-budak muda pun ada yang suka makan walaupun baunya kurang menyenangkan. Khasiatnya pula sangat banyak dan antara menu paling best boleh dimasak seperti sambal tumis petai.

4. CEKUR


Pucuk dan daunnya semua boleh dimakan dan tinggi khasiat. Ulam kegemaran orang Jawa dan sering juga digunakan ibu sedang berpantang untuk kecutkan rahim dan membuang angin. Selain rangup, cekur juga memberi aroma harum pada masakan.

5. PEGAGA


Pegaga boleh dimakan begitu sahaja bersama sambal, dibuat jus atau dijadikan kerabu. Amalan meminum air rebusan pegaga pula dikatakan boleh menaikkan seri wajah dan ia sangat baik bagi wanita.

6. JERING

Bau dan rasanya mungkin menyebabkan ramai yang kurang menggemari jering berbanding petai. Tetapi jering banyak khasiatnya kepada kesihatan dan sangat baik membantu mengawal kadar gula dalam darah, kurangkan masalah anemia dan reput tulang.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago