Categories: HIBURAN

Nur menang besar DFKL 2019

DRAMA bersiri Nur mendominasikan kemenangan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 apabila berjaya meraih enam trofi utama termasuk Drama Pilihan.

Program yang berlangsung di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu itu, turut menyaksikan pengarah drama itu, Shahrulezad Mohameddin dinobat sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Pilihan.

Pasukan produksi Radius One Sdn Bhd terus meraikan kejayaan apabila teraju utama drama Nur, Syafiq Kyle diumum sebagai Aktor Pilihan hasil lakonan mantapnya sebagai Ustaz Adam.

Bintang gandingan Syafiq menerusi drama nur, Amyra Rosli terpaksa akur apabila Janna Nick dipilih sebagai Aktres Pilihan menerusi wataknya dalam Semerah Cinta Humairah.

Bagaimanapun, Syafiq dan Amyra diangkat sebagai pemenang kategori Pasangan Pilihan menerusi keserasian mereka dalam drama itu.

Kategori Antagonis Pilihan pula menjadi milik Azhan Rani yang membawakan watak Ustaz Syed Hamadi.

Drama bersiri Nur disiarkan menerusi slot Samarinda TV3, tahun lalu.

Anugerah DFKL 2019 dihoskan pelakon Awal Ashaari, turut diserikan dengan segmen persembahan artis seperti Anuar Zain dan Sarah Suhairi.

Senarai pemenang DFKL 2019:

Drama Pilihan : Nur

Pengarah Pilihan : Shahrulezad Mohamed Din (Nur)

Aktor Pilihan : Syafiq Kyle (Nur)

Aktres Pilihan : Janna Nick (Semerah Cinta Humairah)

Pasangan Pilihan : Syafiq Kyle dan Amyra Rosli (Nur)

Antagonis Pilihan : Azhan Rani (Nur)

Penulis Skrip Pilihan : Shahrulezad Mohameddin (Nur)

Lagu Tema Pilihan: Jatuh Bangun (Shah & Zam)

Drama Pendek Pilihan:
-Orang Kita
-Nelayan Siblings
-Butang Hukum

Drama Rantaian Bahasa Cina : My Sensei Nyonya (Mediacorporation Studio (M) Sdn Bhd)

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: DFKL 2019Nur

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago