Categories: MELAKA

Norhizam umum perang audit

NORHIZAM

ALAI 4 Julai – Beberapa agensi di bawah portfolio Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani akan diselongkar dan diaudit dalam masa terdekat bagi mengesan mana-mana kes penyelewengan dan salah laku.

Exconya, Norhizam Hassan Baktee memberi amaran terhadap mana-mana individu yang dikesan melakukan jenayah berkenaan.

“Akan ada lagi yang saya akan selongkar, satu demi satu di bawah agensi kelolaan saya, mungkin 30 lebih (agensi) lagi. Saya akan audit satu persatu sebelum ambil alih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan dokumen dipercayai punyai hubung kait dengan MyBioScienceLab Sdn. Bhd. (MBSL) yang ditutup, Rabu lalu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, petang tadi.

Berhubung penyerahan dokumen itu, Norhizam bagaimanapun berahsia mengenai intipati penyerahan dokumen terbabit.

Selain menyifatkan ia sebagai antara proses yang perlu dilalui, Norhizam memberitahu, beliau akan memberikan kenyataan media terhadap penyerahan itu dalam masa terdekat.

“Bahagian saya sudah selesai, sekarang tinggal bahagian mereka (SPRM).

“Dokumen semuanya telah saya berikan dan mereka akan analisis, itu saja buat masa ini kerana ia masih dalam siasatan,” katanya.

Rabu lalu, Norhizam memberitahu, terdapat elemen salah guna kuasa oleh individu tertentu di MBSL iaitu sebuah entiti persendirian yang disyaki menyedut manfaat dari Melaka Biotech Holdings Sdn. Bhd. (MBH) hingga mengakibatkan hutang sebanyak RM565,111.12, melebihi setengah juta.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago