Noor Effandi kongsi nasihat bersama 600 pelajar

TELOK MAS 20 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad meneruskan Jelajah Aspirasi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pernu, baru-baru ini.

Dalam siri jelajah tersebut, Noor Effandi berkesempatan bertemu 600 pelajar sekolah berkenaan serta 50 ibu bapa yang hadir.

Menurutnya, kebanyakan pelajar sekolah itu adalah penduduk DUN Telok Mas dan DUN Serkam.

“Rata-rata reaksi pelajar mengujakan apabila dapat bersua muka dengan saya serta mendengar perkongsian saya mengenai topik ‘sedar diri’.

“Ini bukan kali pertama saya buat perkongsian bersama anak-anak SMK Pernu, maka saya berikan satu perkongsian yang sedikit ‘keras’ nada dan maksudnya,” katanya pada jelajah tersebut.

Noor Effandi menegaskan bahawa sikap sedar diri penting dalam diri setiap individu bagi memastikan mereka tidak lupa diri pada masa akan datang.

“Kita kena sedar jika kita tidak berapa pandai, keluarga tidak kaya mahupun senang, rumah tidak kemas dan mewah serta kepayahan ibu bapa membeli perbelanjaan setiap kali persekolahan.

“Selagi kita tidak sedar diri, selagi itu kita akan terus lena dan alpa mengejar keseronokan alam remaja dan tiada semangat untuk memperbaiki diri,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago