SELAIN menyelusuri Sungai Melaka, pengunjung yang datang berjalan-jalan ke negeri ini juga boleh mencuba bot amfibia pelancongan yang dikenali sebagai Duck Tour untuk berpusing mengelilingi Melaka menerusi lautan. Harga tiket yang dikenakan sebanyak RM42 seorang untuk dewasa , manakala bagi kanak-kanak berumur satu hingga 12 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM25 seorang. Apa yang menariknya dengan Duck Tour ni, nak tau? jom follow
1. LIHAT MASJID SELAT DARI ARAH BERBEZA
Masjid Selat yang dibangunkan dengan kos RM11 juta di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka merupakan antara masjid yang sering menjadi tumpuan pelancong. Binaan yang unik amat menarik dilihat dari atas darat dan laut. Dengan menaiki bot lawatan Duck Tour, pengunjung dapat melihat kedudukan masjid ini dari sudut berbeza. Apa yang menariknya di sekitar masjid berkenaan adalah aktiviti yang dibuat masyarakat setempat.Selain dapat melihat pengunjung merakam kenang-kenangan, dapat juga dilihat kaki pancing memancing di sekitar masjid itu.
2. MENYAKSIKAN AKTIVITI LAUT DI SELAT MELAKA
Walaupun tidak melalui laluan bersejarah dan terus menuju ke arah Selat Melaka, dan ke Pulau Melaka (Pulau Jawa). Pengunjung masih boleh menyaksikan aktiviti perdagangan yang berlaku di sekitar laut Selat Melaka. Dalam masa sama, penerangan dari jurupandu akan diberikan, kebiasaannya dengan menaiki bot ini juga, pengunjung dapat menyaksikan aktiviti di sekitar laut Selat Melaka. Antaranya kapal persiaran dan kapal perdagangan dari negeri dan negara jiran dan lain-lain.
3. PERMANDANGAN PETANG YANG CANTIK DARI LAUT
Kalau dah menaiki bot ke laut sudah menjadi kemestian untuk berswafoto kenang-kenangan. Dengan permandangan yang cantik dari laut, sudah semestinya kenangan itu dapat diabadikan dengan sempurna. Sekurang-kurangnya dapatlah kita lihat Melaka dari sudut berbezakan.
SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment