NFCP pelan dinamik lima tahun

NFCP pelan dinamik lima tahun

Antara inisatif yang bakal menguntungkan rakyat amnya

PUTRAJAYA, 19 Sept – Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) merupakan pelan pelaksanaan lima tahun dari 2019 sehingga 2023 yang dinamik dan akan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Di bawah NFCP, kira-kira 4.14 juta premis di seluruh negara akan mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar kelajuan yang lebih tinggi melalui rangkaian gentian optik.

“Lebih ramai rakyat akan mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar, termasuk di kawasan pinggir bandar dan luar bandar,” katanya ketika melancarkan NFCP itu di sini hari ini.

Wan Azizah berkata kos pelaksanaan NFCP dianggarkan RM21.6 bilion bagi tempoh lima tahun itu.

Kira-kira antara RM10 bilion dan RM11 bilion akan diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) ataupun Universal Service Provision (USP) Fund dan selebihnya akan dilaburkan oleh pemberi perkhidmatan bagi membina rangkaian gentian optik dan pemancar komunikasi mudah alih antaranya, katanya.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS