“BERPESTA ke pagi botol bergelimpangan, Kekasih muda bukan takat berpegang tangan, Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan, Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan,” ini adalah antara petikan lirik lagu ‘Alhamdulillah’ dendangan lagenda duo rap negara iaitu Too Phat feat Yasin yang diterbitkan pada tahun 2003.
Hakikatnya, lagu ini masih lagi mendapat tempat di corong-corong radio tempatan, malah terus menjadi siulan orang ramai walaupun lagu tersebut sudah menginjak 16 tahun.
Tetapi, apa yang menarik perhatian, penggunaan lenggok bahasa yang seakan mempunyai maksud tersirat persis seperti pernah dilakukan oleh Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Keunikan susunan lirik yang seolah-olah mahu menceritakan norma kehidupan serta gaya hidup sosial yang semakin runcing masa kini.
HAKIKAT YANG PERLU DITELAN
Acap kali apabila menceritakan pengaruh gaya hidup sosial yang berkiblatkan negara barat, agak sukar untuk mentafsirkannya, masakan tidak, setiap masa ada sahaja ‘trend’ baru yang dibawa oleh budaya tersebut.
Sebut sahaja hiburan malam, sudah tentu menjadi sasaran anak muda untuk berhibur bersama rakan-rakan lain. Tetapi harus diingat, hakikatnya kaki ‘enjoy’ bukan sahaja dicop pada anak muda, juga melibatkan pelbagai umur dewasa dan turut diintai oleh mereka yang bawah umur.
Belum dikira dengan pelbagai jenis hiburan yang ditawarkan menerusi teknologi pada telefon pintar, berteraskan hubungan tanpa sempadan, kadang-kadang mampu mencetuskan ‘panik’ dari segi percambahan masalah gejala sosial bukan sahaja di kalangan anak muda, malah peringkat dewasa juga. Apa tindakan kita?
Walaupun ini adalah hakikat yang perlu ditelan, tetapi masih belum terlambat untuk kita menterbalikkan keadaan, timbulkan kesedaran, tingkatkan nilai akhlak pada peringkat awal dan seadanya.
MUHASABAH DIRI
Apabila melihat petikan lirik, “Jangan kufur nikmat yang diberi percuma, Guna kelebihan untuk hikmah bersama,” membayangkan ingatan buat semua agar tidak lupa diri dengan segala peluang dihidangan sebaliknya berbaktilah untuk semua dan bukan untuk kepentingan diri sahaja.
Mungkin perangai-perangai sebegini mungkin ramai pernah mengalaminya secara tanpa sedar, tetapi jangan pernah putus asa untuk muhasabah diri agar tidak terus hanyut dengan kenikmatan sementara yang memakan diri.
JANGAN KEDEKUT UCAP SYUKUR!
“Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, Boleh hilang dalam sekelip mata, Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar, Kerna semua yang kaya atau besar, Tetap Allahuakbar!,” petikan lirik ini adalah paling ‘killer’ kerana jika diteliti maksudnya, sebesar mana usaha kita meniti kejayaan, kalau lidah kelu ucap syukur Alhamdulillah, rezeki kita tidak akan ke mana.
Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta dan fizikal, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau kurang) daripadanya.” (Hadith riwayat al-Bukhari, No: 6490, Muslim, No: 2963, Ahmad, No: 7800).
Pengajaran daripada hadis di atas ialah, ;
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment