Categories: Aduan RakyatMELAKAPBT

Naik taraf longkang elak risiko banjir kilat

TAMAN MERDEKA 14 Nov. – Penduduk di Jalan Tembusu di sini boleh menarik nafas lega apabila pembinaan longkang baharu sepanjang 220 meter di kawasan itu mula dijalankan sejak minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin berkata, kerja-kerja menaik taraf longkang itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM170,000.

Menurutnya, tindakan tersebut diharap dapat mengurangkan atau menyelesaikan masalah banjir di Masjid Taman Merdeka dan kawasan berhampiran.

“Banjir kilat ini telah berlanjutan sejak puluhan tahun lalu. Sehingga kini ia masih berterusan khususnya apabila hujan lebat berlaku.

“Kita tidak mahu penduduk terus menanggung masalah dan kerugian akibat bencana ini,” katanya kepada MelakaKini.

Jelasnya, usaha tersebut dilihat menjadi platform terbaik mengatasi banjir kilat tersebut.

“Bukan sedikit tetapi hampir 100 penduduk di sini terkesan dan terjejas akibat banjir kilat yang berlaku.

“Musim hujan seperti sekarang semakin merisaukan mereka. Saya jangka projek ini dapat diselesaikan secepat mungkin untuk kemudahan penduduk di sini,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago