MUSA kunjung hormat Mohd Khalil

AYER KEROH 9 Dis. – Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengadakan kunjung hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di sini.

Pada majlis itu, kira-kira 15 jawatankuasa tertinggi MUSA baharu dilantik dan sedia ada telah hadir untuk berkongsi perkembangan terkini serta mendengar pandangan daripada Mohd Khalil.

Presiden MUSA, Damian Yeo Shen Li berkata, paling penting pihaknya mahu berbincang mengenai persiapan Liga Super pasukan itu.

“Persiapan berhadapan liga super turut menjadi fokus utama, kita yakin mereka mampu memberi saingan hebat kepada JDT dan menang kali ini.

“Kita harap 11 pemain lama dikekalkan termasuk pemain import Melaka United (MU) mampu memberi saingan hebat dan beraksi sebaik mungkin,” katanya.

Jelas Damian, sebagai penaung MUSA, Mohd Khalil perlu mengetahui apa saja yang terjadi kepada persatuan ini.

“Malah, apa saja isu berbangkit sama ada berkaitan hutang, gaji pemain dan sebagainya akan dibentangkan kepada beliau,” katanya kepada MelakaKini.

Damian turut berkongsi mengenai hala tuju MUSA yang komited meningkatkan pembangunan bola sepak persatuan itu.

“Tahun hadapan juga pelbagai usaha akan dilaksanakan termasuk menaik taraf fasiliti tertentu supaya MU lebih mantap,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago