MUSA dijangka berbelanja besar musim depan

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) memberikan bayangan akan berbelanja besar sekali lagi menjelang persiapan Liga Malaysia musim depan selepas Presidennya, Damian Yeo Shen Li mengesahkan kurang dari 10 pemain musim ini akan ditawarkan kontrak semusim lagi bersama kem hijau putih.

Shen Li berkata, setakat ini hanya pemain pertahanan, Faris Shah Rosli dan pemain sayap, R. Deevan yang telah ditawarkan kontrak, manakala senarai selebihnya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bagi senarai pemain import pula katanya, hanya dua dari lima awang akan dikekalkan berdasarkan prestasi yang ditampilkan sepanjang musim ini, bagaimanapun pihaknya nekad melakukan rundingan gaji supaya tidak timbul isu membabitkan soal gaji dan kebajikan.

“Buat masa ini, ada tujuh hingga lapan pemain saja yang kita akan tawarkan kontrak untuk musim depan, dua darinya telah pun diberikan semalam.

“Untuk senarai pemain lain, kita telah pun lepaskan mereka awal agar mereka mudah mendapatkan kelab sebelum kempen 2020 bermula,” katanya ketika dihubungi MelakaKini sebentar tadi.

Ditanya sama ada Safiq Rahim, Shukor Adan, Razman Roslan termasuk dalam senarai dibawa ke musim depan, Shen Li memberitahu, ia masih belum boleh didedahkan buat masa ini.

“Tidak, saya belum boleh dedahkan dikhuariti menganggu persiapan pasukan, kita pun ada rancangan tersendiri.

“Cuma saya mahu memaklumkan, semua senarai pemain diberikan oleh Pengendali MU, Zainal Abidin Hassan, tetapi semua pemain yang dipilih saya akan ditugaskan untuk melakukan rundingan gaji, jika pemain tidak boleh terima kita akan ambil pilihan alternatif,” jelasnya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago