Categories: NASIONAL

Mujahid adakan pertemuan dengan SKMM berhubung isu Sajad

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini mengadakan pertemuan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan isu membabitkan perilaku usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman, di Makkah.

Dalam kenyataan hari ini, Mujahid berkata pertemuan bersama SKMM itu bertujuan agar tindakan segera dapat diambil ekoran pelbagai video dan gambar yang dimuat naik Muhammad Sajad, yang mengenakan pakaian jemaah wanita ketika menunaikan umrah, tular di media sosial.

“Saya akan mengambil tindakan tegas tentang perbuatan Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang memuat naik video dan gambar mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial yang menimbulkan ketidakselesaan umat Islam.

“Tindakan segera akan diambil oleh SKMM,” katanya selepas mengadakan pertemuan itu di pejabatnya di Kompleks Islam Putrajaya. Beliau menjelaskan bahawa tindakan segera mengadakan pertemuan bersama SKMM adalah kerana suruhanjaya itu mempunyai kuasa untuk menyekat mana-mana media sosial yang memuat naik kandungan yang menimbulkan rasa tidak selesa, khususnya kepada umat Islam.

Mujahid turut mengadakan pertemuan bersama agensi pelancongan umrah, Albayt Travel (M) Sdn Bhd, yang membawa Muhammad Sajad dan keluarganya ke Tanah Suci, bagi mengetahui situasi sebenar di Makkah.

Selepas berbincang dengan agensi itu, Mujahid memaklumkan bahawa Muhammad Sajad perlu mengerjakan ibadah umrah sebagai seorang lelaki berdasarkan keputusan fatwa muzakarah haji berhubung isu melibatkan ibadah haji atau umrah oleh golongan mukhannas.

“Kami berpegang kepada fatwa muzakarah haji yang terang dan jelas (menyebut) kekal seseorang yang asal gendernya lelaki, maka segala hukum hakam (untuk mengerjakan haji atau umrah) hendaklah mengikut hukum asal kejadian dirinya,” kata beliau.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago