Categories: MELAKASUKAN

Muhammad Shazwan, Afzan Nazrein dinobat Olahragawan, Olahragawati SSN SMK Seri Kota

AYER KEROH 17 Okt. – Muhammad Shazwan Hasnol dan Afzan Nazrein Ishak masing-masing dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati sempena Majlis Anugerah Sukan dan Kokurikulum Sekolah Sukan Negeri (SSN) SMK Seri Kota, malam tadi.

Muhammad Shazwan, atlet rejam lembing Melaka dipilih menerima anugerah berkenaan selepas beraksi cemerlang dalam kejohanan dalam dan luar negara sepanjang tahun 2018 dan 2019.

Beliau meraih pingat emas ketika beraksi di Thailand Sport School Game Nakhon Sitamarat tahun lalu dan turut meraih emas di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Melaka.

Tahun ini, Muhammad Shazwan sekali lagi meraih pingat emas di MSS Melaka dalam kategori L152, selain merangkul pingat perak di Kejohanan MSS Johor dan gangsa di Thailand Sport School Game Khon Kaen.

Manakala, Afzan Nazrein pula dinobat olahragawati SSN SMK Seri Kota apabila turut melakar keputusan cemerlang bersama skuad hoki wanita sepanjang 2018 dan 2019.

Afzan dipilih sebagai ketua pasukan Melaka dan pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan bawah 16 tahun (B-16), Sukan Malaysia (SUKMA) di Perak dan beraksi di Piala Razak sepanjang 2018.

Sepanjang 2019 pula, beliau pernah muncul johan MSSN Daerah dan mendapat tempat ketiga di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kebangsaan.

Kedua-dua mereka menerima trofi dan sijil yang disampaikan oleh Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri, Kerk Chee Yee.

Dalam pada itu, Anugerah Bintang Harapan Lelaki pula menjadi milik atlet sepak takraw, Muhammad Haziq Haidzir, sementara kategori perempuan disandang Teh Ren Qi, atlet olahraga.

Pasukan hoki lelaki B-18 dan sepak takraw B-15 pula dipilih untuk menerima Anugerah pasukan Terbaik SSN SMK Seri Kota.

Selain itu, majlis berkenaan turut mengiktiraf ramai lagi penggiat sukan sekolah termasuk jurulatih, ikon sukan, pengurus, penaja dan lain-lain lagi.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago