Mudahnya dapat rumah kat Melaka!

Mudahnya dapat rumah kat Melaka!

Berbaloi-baloi.. Untung rakyat Melaka..

SEJAK Pakatan Harapan (PH) menerajui kerajaan negeri, pelbagai program perumahan disediakan. Inisiatif ini mendapat respon amat baik daripada rakyat. Ini kerana rumah ditawarkan lebih mudah dimiliki daripada aspek syarat dan keperluan rakyat berpendapatan rendah.

Nak tau apa best mengenai program perumahan di Melaka ni? Try tengok list di bawah ni. Mana tau anda layak memilikinya. Jom kita ‘survey.’

 

1. RUMAH PEDULI

  • Antara program perumahan terbaik ditawarkan. Yang penting pemohon menepati syarat ditetapkan seperti miskin tegar tetapi ada tanah sendiri.
  • Bukan cakap kosong, untuk program ni, sebanyak sembilan penerima dah pun terima Rumah Peduli.
  • Harganya amat berpatutan, tak sampai RM40,000.
  • Rumah dibina sangat selesa dan berkualiti yang mana terdapat dua jenis rumah iaitu dua bilik dan tiga bilik mengikut kesesuaian pemohon.
  • Untuk tahun ini saja, kerajaan negeri memperuntukkan RM3 juta untuk bina 84 Rumah Peduli.
  • Projek perumahan ini dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Lipat Kajang, Jasin, pada 10 Jun 2019.

 

2. RUMAH BELIA

  • Belia di negeri ini sememangnya bertuah kerana mereka digalakkan memiliki rumah sendiri.
  • Mac lalu, Ketua Menteri, Adly Zahari, baru saja merasmikan 280 unit projek Rumah Belia Melaka di Bukit Tambun, Durian Tunggal.
  • Apa yang bestnya, 10 peratus diskaun ditawarkan kepada belia yang memohon.
  • Tapi kenalah dengan syaratnya, harus berumur 18 tahun ke 35 tahun, pendapatan bawah RM8,000 ke bawah dan merupakan orang Melaka atau dah menetap di Melaka selama lima tahun ke atas.

 

3. RUMAH HARAPAN

  • Projek ini antara dinanti-nantikan rakyat berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) di negeri ni.
  • Harga ditawarkan bermula RM80,000 hingga RM180,000 saja.
  • Yang bestnya bayaran yuran guaman dikecualikan.

4. RUMAH BERKAT

  • Untung betul pasangan baru kahwin di Melaka ni. Apa taknya, kerajaan negeri turut mewujudkan program Rumah Berkat untuk ringankan beban mereka selepas berkahwin.
  • Bukan saja kadar sewaan serendah RM150 sebulan, malah mereka diberikan tempoh sehingga tiga tahun mendiami rumah tersebut.
  • Sehingga kini sejumlah 26 pemohon program ini diterima dan lapan daripadanya telah mendiami rumah disediakan di Rumah Pangsa Kampung Padang, Pokok Mangga.

5. RUMAH NELAYAN

  • Berita baik buat nelayan di Kuala Sungai Baru, apa tidaknya, kerajaan negeri turut melaksanakan projek Rumah Nelayan khas untuk mereka.
  • Harga pun murah, cuma RM45,000 saja. Lebih menggembirakan projek menelan kos RM7 juta ini dijangka siap hujung tahun ini (2019).
  • Sekurang-kurangnya 60 unit rumah berkembar dibina dan bantuan kewangan turut disalurkan kerajaan negeri di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Agro Bank.
  • Projek ni nanti lengkap dengan balai raya, surau, tadika, taman permainan dan gelanggang futsal.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS