Categories: MELAKASUKAN

MU berdepan hukuman FAM, selepas alami kesukaran lunaskan hutang RM1.4 juta pada tarikh akhir kedua

KEMELUT politik tanah air tampak menjejaskan rancangan Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), selepas Presidennya, Damian Yeo Shen Li mengakui berdepan kesukaran melunaskan hutang berjumlah RM1.4 juta akibat situasi itu.

Masalah itu meletakkan Melaka United (MU) berkemungkinan dipotong enam oleh Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), jika gagal melunaskan hutang tersebut atau tidak mencapai persetujuan antara pasukan dan pemain serta pegawai hari ini, yang merupakan tarikh amaran kedua selepas 31 Januari 2020.

“Dengan isu politik semasa, saya telah mencuba untuk bertemu dengan empat orang penderma (semuanya bernilai RM9 juta).

“Tetapi mereka takut untuk buat demikian kerana polimik politik yang tiada kepastian di mana saya memahami.
Tetapi apa yang saya boleh jamin ialah saya akan mencuba yang terbaik untuk kebaikan persatuan dan bola sepak,” katanya menerusi hantaran status di laman Facebook pada 25 Februari lalu.

Jelasnya, perjalanan MUSA ketika ini bagi menyelesaikan kemelut hutang RM5.7 juta yang dihadapi persatuan sedang berjalan dengan baik, namun hanya tunggakan membabitkan RM1.4 juta yang wajar diselesaikan pada masa ini berhubung masalah politik tanah air yang menganggu percaturan dirancang.

FAM pada 16 Januari lalu menegaskan hukuman pemotongan enam mata akan dibuat pada tarikh akhir kedua iaitu pada 28 Februari 2020.

Andai gagal menjelaskan tunggakan pada tarikh akhir ketiga pada 30 Mac 2020, pasukan berkenaan akan dikeluarkan terus secara serta merta dari Liga Super 2020

Sementara itu, Setiausaha Agung MUSA, Farhan Ibrahim ketika dihubungi, akan membuat rayuan ke FAM berkaitan perkara itu.

“Buat masa ini masih tiada rayuan dibuat, kerana masih menunggu keputusan dari FAM, jika ada keputusan, kita akan buat rayuan, harap mereka faham dengan ‘cuaca’ sekarang,” katanya ringkas.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago