MTTS2019 pamer produk teknologi Malaysia ke pasaran antarabangsa

MTTS2019 pamer produk teknologi Malaysia ke pasaran antarabangsa

Tekno;ogi negara kebanggaan kita.

AYER KEROH 25 April – Malaysian Technology Transfer Showcase 2019 (MTTS 2019) diadakan di peringkat antarabangsa pada penganjuran ketiganya baru-baru ini di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina.

Pameran itu diadakan sempena 10th Sarajevo Business Forum: International Business & Investment Conference (SBF2019) dianjurkan Yayasan Kemajuan Kehidupan Malaysia (HLAF).

Ketua Pegawai Eksekutif HLAF, Junaidi Said berkata penganjuran itu diadakan bagi menggunakan SBF2019 setelah kejayaan daripada MTTS edisi yang lalu telah berjaya menarik minat pengunjung yang hadir.

Menurutnya, sambutan itu diterima pengunjung melibatkan beberapa negeri dari Timur Tengah dan Eropah Selatan malah melibatkan beberapa rundingan dan perjanjian jual beli diadakan pada program tersebut.

“Penganjuran ini mampu membawa teknologi dan inovasi hasil rekaan syarikat yang berteraskan teknologi dari Malaysia untuk menembusi pasaran global.

“Malah,ianya mampu memberi galakan kepada syarikat baharu dan produk yang berasaskan kajian saintifik untuk menjadi lebih bersaing dan lebih bersedia untuk dikomersialkan.

“Ini akan menjadi satu peluang yang baik buat para peserta Malaysia untuk menerokai pasaran baru bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Pameran ini sekali gus meletakkan nama Malaysia di peta dunia sebagai salah satu negara utama di Asia yang mengutamakan penekanan terhadap bidang kajian dan pembangunan teknologi dan inovasi.

“Lebih menarik, pameran ini jugam mampu memberi akses kepada pasaran baru melalui mesyuarat padanan perniagaan(business matching) bersama pihak berkepentingan termasuk pelabur, ahli perniagaan dan persatuan perniagaan,” katanya pada kenyataan dikeluarkan baru-baru ini.

Program berlangsung selama tiga hari itu menawarkan pelbagai aktiviti bermanfaat dihadiri kira-kira 2,000 pengunjung daripada 50 buah negara.

Peserta Malaysia yang terlibat itu membabitkan daripada pelajar universiti, pusat kajian serta syarikat kecil dan sederhana (SME) yang aktif di dalam bidang bioteknologi, teknologi nano, farmaseutikal, kejuruteraan serta pelbagai lagi.

CATEGORIES
TAGS