Categories: MELAKA

MPP KUIM & UTHM perkasa Parlimen Mahasiswa

KUALA SUNGAI BARU 20 Feb. – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima kunjungan hormat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (MPP KUIM), baru-baru ini.

Presiden MPP KUIM, Abdul Qawi Naveen Abdullah berkata, kunjungan itu dibuat sebagai platform pelajar menyuarakan pandangan secara peribadi.

“Alhamdulillah, pertemuan bersama MPP UTHM membuahkan hasil dan disambut baik dengan pelaksanaan program Parlimen Malaysia.

“Medan ini yang terbaik bagi pelajar untuk membahaskan sesuatu isu secara profesional di khalayak ramai seterusnya memberi aura positif dalam diri setiap individu yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor KUIM, Datuk Prof Md. Radzai Said menyokong penuh usaha dan inisiatif yang dirancang kedua-dua persatuan pelajar tersebut.

“Kami di peringkat pengurusan sentiasa memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk berdiskusi secara berhemah dalam satu program yang bermanfaat khususnya kepada semua pihak.

“Ini secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai modal insan yang dibentuk sahsiah dan keperibadian dalam memegang tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama, Penyelaras MPP KUIM, Mohd Hafiz Deli dan Presiden MPP UTHM, Afiq Fahmi Masnawi.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago