MPKK Rumbia sumbang Jalur Gemilang kepada tabika

MPKK Rumbia sumbang Jalur Gemilang kepada tabika

Hari merdeka kian hampir, jom kibarkan Jalur Gemilang

RUMBIA 13 Ogos – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rumbia tidak ketinggalan memeriahkan lagi sambutan merdeka tahun ini dengan menyumbang Jalur Gemilang kepada beberapa tabika di dun itu.

Pengerusinya, Raus Dahan berkata, pendekatan itu diharap dapat memupuk semangat cintakan negara dalam diri anak-anak di tabika terbabit.

Menurutnya, usaha dilaksanakan juga menjadi medium meluaskan lagi kepentingan hari bersejarah itu kepada masyarakat setempat.

“Tidak kira golongan dewasa, remaja mahupun kanak-kanak, kita harus bersama-sama meraikan hari istimewa ini dengan penuh rasa bangga.

“Kesedaran mengenai kemerdekaan ini perlu diterapkan dari awal supaya mereka sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan datuk nenek ketika memperjuangkan merdeka,” katanya.

Antara tabika yang menerima sumbangan Jalur Gemilang dari MPKK Rumbia adalah Tabika Perpaduan, Tabika India, Tabika Bukit Rumbia dan Tabika Pasti Rumbia.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS