Categories: MELAKA

MPKK perlu proaktif pembangunan kampung

Oleh FAIZ HASAN

AYER KEROH 27 Dis. – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) seluruh negeri disaran mengadakan kajian dan bancian penduduk terhadap pembangunan yang perlu dibangunkan dalam komuniti tersebut.

Exco Kerja Raya,Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab mencadangkan supaya seluruh MPKK melakukan tindakan segera menyenaraikan seluruh projek pembangunan baharu di kawasan luar bandar termasuk membaik pulih prasarana sedia ada perlu dimajukan.

Katanya, segala pembangunan yang akan dibangunkan perlu mendapatkan kerjasama Pejabat Jabatan Perundangan Negeri (Japerun) bagi memastikan ia akan dibawa ketengah melalui pelbagai jabatan dan agensi terlibat.

Ujarnya, prasarana yang perlu ditekankan adalah pembangunan infratruktur jalan raya, saliran longkang, jambatan serta pelbagai lagi perlu ditingkatkan demi keselesaan dan kebajikan sosial penduduk.

Menurutnya, MPKK perlu main peranan penting dan bertanggungjawab terhadap keluhan penduduk bagi menyuarakan permasalahan ke peringkat atasan.

Katanya, kajian seperti merekodkan pengkalan data terhadap penyerlarasan segala projek berkaitan perlu dilaksanakan secara proaktif agar ia dapat dibentangkan ke pihak atasan dengan lebih telus.

Kata Sofi, setiap projek yang telah dikaji perlu disenarai pendek dan diputuskan oleh pihak terlibat disebabkan persediaan Bajet 2019 yang akan diperuntukkan tahun depan.

Jelasnya, dengan menyerlaraskan projek berkatian ia akan memudahkan terhadap peruntukan yang akan disalurkan apabila telah diluluskan nanti.

Pada masa sama, beliau turut menyeru MPKK agar turun padang dan membuat pengkalan data terkini terhadap jumlah ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya serta seluruh masyarakat kurang mampu bagi menjaga kebajikan mereka.

Jelasnya, data terkini perlu dikemas kini berkemungkinan ada sesetengah masyarakat B40 telah berjaya menjana pendapatan dan bantuan yang diterima sebelum ini boleh
disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Ujarnya, melalui cara itu ia mampu mencorak ketelusan dan keadilan terhadap kebajikan yang akan disalurkan kepada golongan itu.

“Melalui kebajikan tersebut, pembangunan masa depan belia tidak akan dilupakan khususnya mereka yang masih menganggur.

“MPKK juga perlu merekodkan kadar pengangguran dalam sesebuah kampung agar pelbagai bantuan seperti geran perniagaan, pinjaman dan latihan kemahiran dapat diberikan demi menjana ekonomi golongan belia,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut mengenai profesinalisme MPKK, beliau menyarankan pihak Japerun menyediakan pelbagai kursus asas yang perlu dihadiri oleh mereka.

Ujarnya, pelbagai kursus perlu diterapkan bagi melahirkan profesionalisme tertinggi seperti kursus pengucapan awam, kursus asas minit mesyuarat, kesetiausahaan dan komputer bagi melahirkan seorang MPKK bersifat profesional.

“MPKK merupakan golongan hadapan, mereka perlu bersifat kompeten dan berintegriti selaras menekankan prinsip ketelusan yang perlu diterapkan.

“Sebagai masyarakat yang diberikan amanah, MPKK perlu menekankan sifat bersedia dalam apa jua keadaan agar dapat melahirkan modal insan yang berkhidmat dengan lebih baik dan sistematik,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: YB Sofi

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago