Categories: MELAKA

MPKK harus rebut peluang dapatkan geran RM10,000 KPLB

Oleh DIN AHMAD

MASJID TANAH 16 Feb. – Seramai 60 Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam Parlimen Masjid Tanah harus segera menyediakan kertas kerja projek pembangunan dan kemasyarakatan bagi merebut geran RM10,000 disediakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Kertas kerja itu harus disediakan segera bagi membolehkan mereka berpeluang menerima geran berkenaan bagi memajukan masyarakat kampung masing-masing.

Perkara itu ditekankan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin ketika berucap pada program Ramah Mesra Dengan MPKK di Dewan Tan Sri Abu Seman Yusop di Masjid Tanah, semalam.

Kelewatan berbuat demikian katanya, akan menyebabkan mereka menghadapi risiko tidak memperoleh geran berkenaan, sekali gus merugikan kampung masing-masing dari aspek pembangunan insfrastruktur dan pelaksanaan pelbagai program komuniti.

Beliau menegaskan, dalam pertemuannya dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun baru-baru ini, menteri terbabit mengingatkannya supaya mengarahkan MPKK segera menyediakan kertas kerja projek yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini.

“Pengerusi MPKK harus segera merebut peluang itu bagi membolehkan mereka menjalankan pelbagai projek pembangunan dan program komuniti kerana geran RM10,000 itu amat berharga untuk kemajuan anggota komuniti.

“Jika lewat kemukakan kertas kerja, dibimbangi duit itu habis diagihkan kepada MPKK yang lebih awal bertindak,” katanya pada program Ramah Mesra Dengan MPKK di Dewan Tan Sri Abu Seman Yusop di Masjid Tanah, dekat sini.

Beliau menegaskan, Pengerusi MPKK dan pemimpin biro juga harus mengambil iktibar daripada tindakan mereka sebelum diberikan kuasa menjadi pemimpin di peringkat kampung yang sering mengkritik kepemimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ketika pentabdiran kerajaan terdahulu.

“Semasa tuan tuan menjadi pembangkang dahulu, tuan tuan selalu mengkritik JKKK dan sekarang kuasa ada di tangan tuan tuan, masyarakat kampung melihat dan menilai apa yang tuan tuan buat untuk kemajuan kampung.

“Jangan ingat mudah untuk menjadi pemimpin masyarakat kerana bukan semua orang berfikir seperti cara kita berfikir dan bukan semua orang boleh menerima apa yang kita buat dan di situlah kita harus menggunakan kebijaksanaan kita untuk menyelesaikan masalah,” katanya.

Mas Ermieyati turut mengumumkan peruntukan Pejabat Ahli Parlimen Masjid Tanah sebanyak RM10,000 kepada setiap MPKK untuk menjalankan Projek Pembangunan Kesejahteraan Kampung dan Rakyat, selain RM5,000 untuk Perbelanjaan Perbekalan.

Katanya, peruntukan itu membantu MPKK melaksanakan pelbagai program untuk kesejahteraan anggota komuniti dan bukannya bertujuan meraih keuntungan politik seperti yang didakwa sesetengah pihak, terutama pembangkang.

Sehubungan itu, beliau meminta MPKK menggunakan perutukan itu secara bijaksana dan berhemah bagi memastikan program berkenaan mampu dijalankan sepanjang tahun.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

7 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago