Categories: MELAKA

MPKK dinasihat laksana tugas dengan amanah

RUSLIN (dua kanan) menyampaikan watikah pelantikan MPKK kepada seorang penerima pada Majlis Penyampaian Watikah kepada ahli jawatankuasa MPKK di Japerun Ayer Limau, baru-baru ini.

LUBOK CHINA 23 Okt. – Ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dinasihat menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan menjalinkan hubungan mesra dengan semua agensi kerajaan.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Datuk Seri Ruslin Hasan berkata, perkara itu wajar dijadikan dasar setiap ahli MPKK bagi memudahkan kesemua urusan dapat dijalankan dengan mudah dan tanpa pilih kasih.

Katanya, ahli MPKK dilantik juga perlu mengetepikan fahaman politik, bangsa dan agama ketika menjalankan tugas.

“Semua yang hadir hendaklah dilayan dengan baik tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

“MPKK juga ada hubungan mesra dengan semua agensi kerajaan di setiap peringkat bagi memudahkan urusan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah kepada ahli jawatankuasa MPKK di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, seramai 182 ahli jawantakuasa MPKK melibatkan 14 kawasan di DUN berkenaan telah menerima watikah disampaikan Ruslin.

Hadir sama, Penghulu DUN Ayer Limau, Ridhuan Mohamad.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago