Categories: MELAKAPBTPentadbiran

MPJ pertingkatkan sistem penyampaian, integriti

JASIN 28 Nov. – Usaha meningkatkan sistem penyampaian dalam perkhidmatan awam sentiasa diberi penekanan oleh kerajaan khususnya Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Yang Dipertua MPJ, Mustaffa Ali berkata, pelbagai tindakan dilaksanakan bagi memenuhi hasrat tersebut.

Beliau berkata, antara usaha itu adalah menambah baik sistem dan prosedur kerja, piagam pelanggan, teknologi dan peraturan serta undang-undang bagi menjadikan perkhidmatan awam lebih kompetitif dan responsif terhadap masyarakat.

“Dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut, MPJ turut menganjurkan Kursus Pengurusan Tatatertib Bagi Pengurusan dalam memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam mengikut perspektf kakitangan awam sendiri.

“Tahap kesalahan tatatertib perlu dikawal bagi memperkasa dan memartabatkan lagi perkhidmatan awam di Malaysia khususnya di MPJ,” ujarnya.

Dalam pada itu Mustaffa berkata, sektor perkhidmatan awam pemangkin kepada pembangunan negara khususnya berkaitan perkembangan sosioekonomi, pembangunan industri dan perubahan teknologi komunikasi.

Apa yang penting tegasnya, sektor awam harus menjadi sektor yang dapat meyakinkan rakyat terhadap kewibawaannya dalam proses penyampaian perkhidmatan.

Ujar beliau, sektor awam sering menjadi fokus perbincangan terutama dalam kalangan masyarakat berkaitan dengan harapan meninggi agar sektor perkhidmatan awam bergerak berlandaskan prinsip berfokuskan integriti.

Sehubungan itu, beberapa strategi penambahbaikan dilakukan bagi memantapkan lagi keberkesanan sistem pengurusan tatatertib kakitangan dalam memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam.

“Justeru, kursus ini akan dapat meningkatkan pengetahuan kakitangan MPJ sekali gus menambahbaik mutu perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

JURAIDAH OTHMAN

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago