Categories: MELAKAPBT

MPHTJ, PBT pertama laksana rancangan tempatan – Kok Kiew

AYER KEROH 27 Dis. – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama melaksanakan inisiatif mewujudkan kesejahteraan bandar mampan.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew berkata, MPHTJ memperuntukkan RM400,000 memberi fokus pelaksanaan itu.

Menurutnya, ia termasuk memperkasakan sistem pengurusan perancangan PBT tempatan yang lebih inklusif.

Katanya, melalui Rancangan Tempatan MPHTJ (Pengubahan) 2025, terdapat beberapa pelan tindakan telah dikenal pasti sebagai rangka perancangan strategik pembangunan kawasan pentadbiran MPHTJ.

“Ia seperti, pelan pembangunan ‘reforestation’ reparian Sungai Putat, pelan penyuraian trafik dari akses pintu masuk utama Melaka di Tol Ayer Keroh.

“Selain, pelan induk pejalan kaki dan laluan basikal bagi pusat bandar dan kawasan pembangunan pertumbuhan bandar baharu MPHTJ dan pelan pembangunan kampung tradisional Pengkalan Batu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ dan Pelancaran Publisiti Awam Rancangan Tempatan MPHTJ (Pengubahan) 2025 di Melaka Mall, hari ini.

Program pameran publisiti tersebut diadakan selama empat minggu bermula 20 Disember hingga 20 Januari 2019.

Kok Kiew berkata, program itu bagi mendapatkan input dan cadangan dari semua komuniti yang terlibat.

“Diharap semua industri yang berperanan dalam kawasan MPHTJ bersama membuka minda ke arah pembangunan bandar ini.

“Semua PBT di negeri ini perlu melaksanakan hala tuju pemerkasaan PBT tahun 2019 termasuk mengadakan program-program turun padang bersama penduduk,” katanya.

Hadir sama, Yang Dipertua MPHTJ, Mahani Masban dan lain-lain kenamaan.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago