MPHTJ & Ahli Majlis temui penduduk

MPHTJ & Ahli Majlis temui penduduk

Memudahkan urusan bayar tunggakan atas cukai taksiran & ada diskaun

AYER KEROH 15 April – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Ahli Majlis akan menemui penduduk yang mempunyai tunggakan atas cukai taksiran dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, mulai 14 April (semalam).

Gerak Mesra ini melibatkan lima taman termasuk Taman Merdeka Jaya, Taman Dato Tamby Chik Karim dan Melaka Baru.

Yang Dipertua MPHTJ, Mohd Rafee Ibrahim berkata, kelima-lima taman itu dikenal pasti mempunyai tunggakan cukai taksiran melibatkan seramai 1,696 penduduk di bawah Ahli Majlis M. Shanmuganathan.

“Gerak Mesra ini akan bertemu penduduk sekitar Taman Tasik Utama melibatkan kira-kira 634 orang pada 20 April (Sabtu) di Balai Raya Taman Tasik Utama di bawah Ahli Majlis K.Selvarajan.

“Manakala, pada 1 Mei (Rabu), penduduk di Taman Bukit Katil Damai, Melaka Perdana, Ozana Impian dan Taman Saujana Sek 2 & 3 melibatkan seramai 936 akan berjumpa pihak MPHTJ di Balai Raya Bukit Katil Damai 5 di bawah Ahli Majlis Mohammed Aizat Md. Salleh,” katanya.

Katanya, pelaksanaan Gerak Mesra itu bagi memberi galakkan kepada pembayar tegar supaya menjelaskan bayaran cukai tertunggak selain mengemukakan permasalahan dan aduan kepada Ahli Majlis kawasan serta wakil MPHTJ.

“Gerak Mesra ini turut memberi diskaun khas kepada pembayar supaya menjelaskan tunggakan cukai taksiran pada hari tersebut mengikut tarikh kawasan masing-masing yang dikenal pasti.

“Selain itu, pembayar berpeluang mengenali Ahli Majlis kawasan masing-masing lebih dekat,” katanya.

CATEGORIES
TAGS