Categories: Ketua MenteriMELAKA

Mohon RM30 juta dalam RMKe-12, bina lebih banyak Rumah Peduli

REMBIA 14 Feb – Kerajaan negeri memohon peruntukan RM30 juta melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi pembinaan berterusan Rumah Peduli di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, jika ada pertambahan dana, kerajaan negeri akan membuat pertambahan kelulusan sekali gus membina lebih banyak Rumah Peduli untuk rakyat Melaka.

Kerajaan negeri jelasnya, berusaha dan memastikan agar dapat menyediakan kemudahan kediaman perumahan mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat.

“Sasaran kita setahun sebanyak 84 unit Rumah Peduli dibina, untuk tahun ini kita akan siapkan permohonan tahun lalu.

“Bajet keseluruhan yang kita dapat ialah RM6 juta di mana RM3 juta daripada kerajaan negeri dan RM3 juta daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Peduli milik seorang surirumah, Norhairani Jaafar, 39, bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kampung Sungai Petai, di sini hari ini.

Setakat ini bagi daerah Alor Gajah, ujarnya, sebanyak lima unit Rumah Peduli siap dibina sepenuhnya dan baki 17 unit rumah lagi telah mendapat kelulusan pada 2019 dan masih dalam proses tender serta dalam pembinaan.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago